Sunday 28 September 2014

Hapuskan lemak dan Selulit

Assalamualaikum...

Hari ini berpagian dengan galvanic spa dan body shaping gel dari nu skin..
Selepas solat subuh...buat urutan ringkas selama 5 minit di perut, peha dan lengan.Nampak dan rasa beza sebab galvanic spa membantu gel meresap dan bekerja jauh ke dalam kulit.Tak panas dan wangiannya cukup menyegarkan.

Sungguh...ini pengalaman pertama dan saya berani  kata dengan yakin yang saya sangat berpuas hati dengan hasilnya.InshaAllah..





Kawan kawan macam mana?
Ada masalah ni tak?




Okey, secara jujur saya kata walaupun kita kita semua wanita ni nampak kurus, tapi masih ramai yang merungut..
"Tak kurus sangatla..sebab ada lemak lagi ni yang sembunyi  ni"

Acapkali saya dengar rungutan seumpama itu dari kawan bila saya puji dia nampak kurus.Padahal saya pun lalui benda yang sama..

Sebab semua sedia maklum, dengan amalan pemakanan yang kurang serat, berlemak sana sini, bersantan, makanan manis, belum kira pergi kenduri dengan "weekend" ke restoren makanan segera,,,.mana mungkin perut itu tidak melomjak naik dri segi kebuncitannya.Tambah tambah lagi bila sudah beberapa kali melahirkan anak.Kalori dan gula yang masuk jika tidak dibakar jadilah lemak yang tersimpan dengan jayanya di beberapa bahagian badan terutamanya di bajagian perut.

Kalau saya dulu sewaktu mengandung berat akan naik lingkungan 20kg ke atas.Tak kira lah mula dari anak pertama sampailah anak ketiga.Maknanya, kalau saya sebelum mengandung 50kg, akan naik sehingga 70kg.Sedangkan saya ni bertubuh rendah, orang panggil apa kementot..hehe.Jadi tentulah nampak pelik kan?

Tapi Alhamdulillah, agaknya bergantung pada jenis badan ataupun sebab saya menyusu anak, badan saya boleh kembali pada berat normal dalam masa 2bulan.

Cuma....

Macam biasa bahagian perut dan peha terutamanya masih ada kesan selulit dan pasti masih ada lapisan lemak degil yang berkumpul disitu atau nama manjanya ialah encik selulit.

Syyyy..

Hihi  

Nak becerita pengalaman bepantang itu penting.Kitapun sedia maklum kenapa kena jaga bab ini.Sebab selain untuk berehat secukupnya, nak perbetul urat urat saraf, ia juga untuk memastikan ibu ibu mendapatkan semula bentuk badan selepas bersalin.

Saya mengaku saya taklah kuat berpantang sangat.Cuma makan memang saya jaga.Tidak berminyak, tidak pedas, tidak bersantan.Bab ni Alhamdulillah saya boleh ikut dengan.gigih.Tapi bab berbengkung, berpilis mungkin sehari dua je saya  gigih, tapi hari hari berikutnya bergantung kepada tahap bebelan mak.Hihi..Baik anak pertama mahupun yang kedua.Cuma bila dapat yang ketiga ni saya lebih rasa senang nak ber"corset" mulai hari pertama bersalin sampai bayi sudah 2bulan saya masih memakai bengkung moden ni.













Haa ni namanya premium beautiful..Sangat praktikal dan mudah.Perut terasa kemas dan kempis selepsa beberapa hari.

Bagus tak bengkung ni?
Secara jujurnya.ya. saya puas hati.Berbaloi dengan duit yang saya laburkan.InshaAllah..Tapi selepas tempoh tu saya dah tak rajin pakai lagi.Sebab korset ni hanya berkesan jika konsisten.Diulangi, konsisten.Maknanya pakai mestisekurang kurangnya 8 jam sehari.

Dan sekarang bengkung ni masih ada tapi dah duduknya dalam almari.InshaAllah kalau rajin keluarkan pula..Ye tak?
Buat masa sekarang saya selesa dan menyelesakan diri dengan galvanic spa.Sambil baring pun boleh uruy bahagian perut ni.

Dan yang seronoknya kesan dia dapat rasa "right after" peawatan..Nak lebih kesan, mesti lah kena buat selalu,rajin tu mesti sekurang kurangnya 2 kali seminggu..

Pemakanan juga kawal lah ye, kalau makan banyak dan hanya mengharapkan mesin 100%, tak berkesan juga.Apa apa syarat nak kurus mesti kurangkan makan terutama yang manis dan amalkan senaman.Alat ni bantu untuk "firm" kan lagi kulit".Even" parut pun boleh memudar.



Tahap sensitiviti.
Galvanic spa ni direka untuk semua jenis kulit.Tiada kesan iritasi sebab ia telah diuji secara dermatologi di makmal antarabangsa.Jadi jangan risau tentang senisitifnya kulita anda.

Di bawah adalah contoh testimoni galvanic spa..Sebenarnya, saya tak berminat sangat nak tempek gambar gambar ni sebab saya lebih yakin jika terus demo penggunaan ni kepada yang berminat.InshaAllah..Kalau yang rajinboleh "google" testimoni galvanic body spa atau galvanic spa.Sebab banyak gambar yang "sensore" jadi saya tak berminat sangat nak tampal banyak banyak kat sini..hehe.
















Oklah..sampai sini dulu pengenalan serba sedikit tentang galvanic spa.InshaAllah saya sambung pada post yang akan datang.Jika ada yang berminat ingin mencuba, boleh hubungi saya di talian ni:
Whatapps / telegram juga digalakkan
019-7560759

Harga galvanic spa ialah rm1375, dan buat masa ni masih ada 0% installment dengan guna easypayment credit card.

Sekian dulu...nanti bersambung di episod seterusnya ya
InshaAllah.





Friday 26 September 2014

Cara menghilangkan lebam bawah mata.




















Mata panda?comel tak??

Sangat comel kan.Tapi comel tak kalau kita yang ada ni??Hihi..Jawab dalam hati masing masing.Syy..diam-diam.Jangan beritahu orang.Hihi..

Baiklah, secara jujurnya, saya juga mengalami masalah yang sama sebelum ni.

Serius?Memang...
'

Penyebabnya saya kurang pasti.Kalau rajin mesti kena tanya encik Google dulu.Tapi pada sayalah,  kalau saya kurang tidur, kurang rehat...mata saya memang lebam.Tambah tambah bila umur sudah menjejak 33 tahun ni.Semakin hari saya tengok mata saya dengan mata panda di atas tu seakan sama.Dan saya takut pula kalau suatu hari nanti suami saya dah tak kenal mana satu panda mana satu saya?Haha..keliru jadinya..haha

Tragis kan???( gurau gurau)

Masa saya remaja dulu, saya suka gunakan concelear.Sebab saya suka make up.Jadi secara tak langsung ia dapat menutup sedikit lingkaran lebam ni.Tapi bila dah berumah tangga, lagi lagi bila ber anak kecil, saya sudah tak ada banyak masa untuk "touch up" muka.Keluar pun sekadar mengenakan pelembab muka dan bibir.Mana mungkin saya berlama di meja solek sedang anak kecil saya merengek minta didukung.Tapi sebab tak mahulah nampak selekeh sangat bila keluar rumah, saya pastikan sekurang kurangnya dua ini mesti ditepek dahulu sebelum keluar..

Baiklah, berbalik cerita pasal tadi.Kalau dulu dulu banyak sudah petua sebenarnya yang saya dah cuba.Contohnya..

uncang teh




lebihan uncang teh yang dah diguna saya simpan dalam peti ais.Esok pagi saya tekapkan.Memang rasa lega

Potongan timun, potongan kentang


juga sudah saya cuba..Rasa sejuk dan nyaman.Lagi lagi timun dan kentang yang baru keluar dari peti ais..Wajarlah sejuk ye tak??

Krim bawah mata
jenama safi rania, Olay....OK yang ini berkesan.Ada perubahan..Tapi kena rajin dan rajin...dan rajin dan rajin...

Sebab kena rajin dan kena konsisten saya adakala sering terlupa.Dan mula rasa malas.Itu sebab bukan kesannya hanya mata panda, "eyebag" juga "membiak" dengan jayanya...

hihi..

Tapi kawan-kawan..

Secara jujurnya sekarang, masalah ini sudah saya temukan solusinya..Semuanya bermula bila saya mengenali galvanic spa.Satu satunya  produk yang membuat saya berazam untuk ada satu dan simpan dalam beg tangan walaupun baru pertama kali mencubanya.

Dan yang buat saya lebih kagum, teruja dan kata

wowww

adalah kerana alat ini juga menyelesaikan masalah saya yang lain.Kiranya lebih tepat kalau saya katakan ia adalah pakej lengkap buat saya.Apa orang kata "from top to toe"...hihi.Ala ala model gitu.( penyakit perasan)..Sebabnya sakit belakang yang dah lama saya hidapi beransur hilang dgn urutan mc kecil ini.Alat ini mengurut dan melegakan lenguh lenguh dan sakit sakit belakang sekaligus kesannya lebam bawah mata saya hilang hanya dengan 10 minit penggunaan.Sangat menakjubkan kan?Sebab saya belum pernah diperkenalkan dengan produk seumpama ini sebelum ini.Jadi terlalu rugi jika saya menyimpannya sendiri tanpa berkongsi dengan yang lain..

Inilah alat yang saya maksudkan.



Cara urutannya mudah sahaja.Kalau kita tengok gambarajah di bawah pun kita boleh faham.Pendek kata semua orang boleh urut diri sendiri kan?

Tak perlu buat appoinment dengan mak cik urut atau pergi ke salon kecantikan untuk berurut.Apalagi jika sedang sibuk.Sedangkan galvanic spa ini saiznya lebih sedikit dari tapak tangan.Tapak tangan sayalah.Sebab saya kecil je...hihi..jadi sangatlah mudah di bawa ke mana shj.Bahkan sambil tengok tv pun kita boleh ber spa...



Ini urutan yang dicadangkan untuk sakit belakang.Kesan urutan selama 5 minit pd sebelah bahu.,
>> eyebag saya mengecil
>> pipi tembam saya nampak lebih tirus
>>muka saya terangkat sedikit.

Siapa yang tak suka ye tak??Pendek kata saya memang teruja sangat bila kawan saya datang ke rumah untuk demo..Katanya dia buat disebelah dulu dan seminggu kemudian baru dia datang untuk sempurnakan lagi sebelah bahu..


Sampai termimpi mimpi saya sebab tertanya tanya .bilalah kawan saya nak datang buat sebelah lagi?hihi.
Oklah..sebenarnya terlalu banyak yang saya ingin kongsikan bersama tentang kebaikan dan kelebihan galvanic spa ni kepada semua.InshaAllah di entri seterusnya saya akan bercerita lagi.Harapnya siapa yang ingin tahu tu bersabar untuk entri seterusnya..

Hihi

OK bye
Assalamualaikum..

Catatan dari hati..
Haslina Mohamad